Wednesday, December 15, 2010

cane Hilton leh kaya...?

Sape xknl Conrad Hilton, pemilik hotel bercawangan seluruh dunia termasuk Malaysia...
Semasa era kemerosotan ekonomi 1929, perniagaan beliau menjunam sehingga beliau berada dalam situasi kewangan yg sungguh menyedihkan. Para pemberi hutang mengugut hendak melelong hotelnya, kedai dobinya dicagarkan bahkan dia terpaksa meminjam daripada budak penjaga pintu bagi membeli makanan.

Kemudian Conrad Hilton terlihat foto Hotel Waldorf, yang mempunyai enam dapur, 200 org tukang masak, 500 org pelayan, 2000 buah bilik, hospital dan landasan kereta api persendirian di sebelah hotel itu. Hilton kemudiannya memotong gambar itu daripada majalah dan menulis di atasnya, "Yang terhebat daripada yang lain".

Hilton menyimpan foto itu dalam dompetnya. Tidak lama selepas itu, dia menyisipkannya di bawah pelapik cermin mejanya. Tiap kali dia bertukar meja yg lebih besar, beliau tetap meletakkan gambar itu di bawah sisipan kaca. Lapan belas tahum kemudian dalam bulan Oktober 1949, Conrad Hilton membeli Hotel Waldorf!

Dipetik daripada buku 55 petua org berjaya oleh Dato'Dr.Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof

So, I take two pictures and put them on my table..=)


aino

dream house








No comments:

Post a Comment